Saturday, June 30, 2012

Kazen oh Kazen

Salam oranneslicious untuk semua. melepak bersama kazen adalah aktiviti biasa di hujung minggu. yang paling menarik lepak untuk minggu ini adalah kazen ku cikgu sudah membeli kereta baru, ohh myvi extreme warna kuning lagi uols. kami telah berkonvoi 2 kereta. berjalan sekitar jB je pun. tapi malam tu memang happening lagi pening lah sangat. kami bila dah berjumpa memang meriah uols.

Antara destinasi yang di lawati ialah Bazar karat JB dan makan steamboat di Dataran Bandaraya JB. selepas acara makan tamat, acara mengambil gambar adalah hobi. so mesti posing gedix punya. hahahaa


ok, sekian sahaja fotogedix kita orang untuk kali ini...dadaaaa





Saturday, June 16, 2012

Minat Terhadap Durian

Salam Oranneslicious untuk semua. Pada petang ini cuaca adalah sangat menarik. Kepada pencinta-pencinta sukan dan suka lah menjaga kesihatan boleh lah keluar beriadah pada ini petang. Ohh hari ini adalah hari ke-2 untuk kertas peperiksaan Pembangunan Organisasi. Killer subject ok, killer lecturer juga bagiku. Ahh harus makan paint killer selepas menjawab.

Hari ini divas ku [Rosa] ada membawa sebiji dua durian untuk dibaham selepas tamat menjawab. Maka kami adalah beriya untuk menjawab dan tidak mempunyai kesabaran untuk memakan durian tersebut. Di dalam dewan memasing mengkusut kan kepala, ada yang mengetuk kepala, memegang otak [ok tipu] tidak ketinggalan juga yang siap berdengkur, ok ini betul sebab beliau adalah duduk di sebelah ku. Sangat menggangu konsentrasi ku di kala itu. Keputusan akan diumumkan di waktu cuti semester nanti, silalah berdoa banyak-banyak agar dilembutkan hati penanda-penanda kertas ku itu. Sangat cuak dan takut tidak dapat menerima kenyataan akan keputusan itu nanti. Bercita-cita jugalah untuk mentengok keputusan di tahun akir. hahahaa



oK hanya ada satu sahaja gambar yang di petik oleh divas Pae. Memasing muka tekanan perasaan selepas memuntahkan segala ilmu yang penuh di jantung gitu. ;p


Anne kata: Dulu ku adalah pembenci durian, tapi di kala ini ku adalah pencinta durian, sekian.


Monday, March 5, 2012

Earth Hour

Salam oranneslicious untuk semua. Seperti biasa di hari sabtu yang indah dan kadang kala suram, ku haruslah menjejakkan kaki ke UTM. Sudah semacam hobi pun iye juga ke skola ni, kerana apabila tiada kelas terasa seperti bangau sangat duduk di rumah yang tidak tahu untuk berbuat apa.

Kelas belum pun lagi bermula, tapi kekadang niat dah menyimpang sangat. Jumpa di UTM adalah untuk berkumpul selepas kelas dan akan ada aktiviti yang ohsemm sangat di waktu bujang begini. Kami telah memutuskan pada hari ni aktiviti selepas waktu kelas adalah untuk menjoinkan diri di Earth Hour 2012. Ambil perhatian sangat kami tentang event-event yang menghiburkan seperti ini.

Makanya, keluar je dari kelas haruslah perut laparkan. Aktiviti pertama adalah memakan dan menggosip sehingga termuntah. hahaaa. Makcik-makcik kampung sangat ko jah. Then bertolak ke tapak kejadian yang diadakan di Sutera Mall dengan menaiki sebiji kereta. Segala perkakasan telah dibawa bersama.

Tiba je di tempat kejadian kami telah menghidupkan lilin yang di letakkan di dalam cawan dan di labelkan dengan nama kami yang glames sangat tu.



Yang paling menarik dan gumbira sesangat adalah kami sangat mendapat perhatian kerana telah menghasilkan sesuatu yang teramat menarik, sehinggakan banyak lensa-lensa menuju ke arah kami. Terasa macam retis sangat lah malam tu. Ke sana lensa, ke sini lensa. Wahhh tetiba dapat bayangkan macam mana artis bila berhadapan dengan kamera, serius berlagak diva malam tu. hakhakhak...

Siap ada wartawan dari The Star yang menemuramah kami. Gila glamour ko jah. And she said weols akan masuk paper tunggu je lah nanti dia halo halo weols. Retisss sangat kan. Kalau tak caya boleh klik sini.







Anne kata: Kami adalah generasi yang memang pantang nampak kamera. Even kamera bukan dari kawan-kawan kami.


Thursday, February 16, 2012

Palazzo Pants Ku Kuning

Salam orANNEslicious untuk semua. Oh sungguh lah, lama betul tak membebel dalam blog. Kesibukan melanda bagai tsunami di beberapa kawasan. Sibuk dengan kerja sekolah, kerja ofis, hal kawan-kawan kahwin, dan bermacam lagi.

Minggu kedua sekolah adalah hari Sabtu yang happening kerana kelas batal setelah semua pun rushing nak ke kelas. Sedikit kecewa bukan (padahal sangat lah suka, sebab boleh mengaktivit selepas itu). Idea-idea menarik dari DIVAS untuk ke merata tempat. Dan akhirnya kami ke CarBootSale by JOHO. First time anne join DIVAS untuk melihat dan menshopping di sini. Ianya diadakan di Danga Bay Convention Centre. Quit good suasana di sini, sangat havoc. Rugi kalau tak join DIVAS that day.

Tujuan asal memang lah tak nak menshopping. Tapi bila dah sampai situ dan melihat banyak keinginan yang perlu dipenuhi dengan menghabiskan bekalan duit yang dibawa, so anne telah membeli palazzo pants, yang sememangnya memang telah lama dicari. Agak banyak warna-warna yang menarik perhatian. especially orange. Tapi tak membeli pun warna oren itu. Nak tengok anne beli warna apa..?? jom scroll....


Seriusly sangat selesa dengan palazzo pants. and akan ada color-color yang lain...chillax...:)

Wednesday, February 15, 2012

Kisah Dimsum & Tomyam

Salam oranneslicious untuk semua. Minggu adalah minggu terakhir adik bercuti di negeri kelahirannya. Maka penuh la dengan aktiviti berdiet [bagi kami adalah memakan] bersama adik. Tapi aktiviti berfaedah kami adalah makan dan makan dan lagik.

Sabtu lepas dah mengaktiviti makan di Tanjung Adang. Malam ni pula di pow oleh adik untuk mengisi perut buncit kami di Malay Village. Adik telah mengidam teringin untuk memakan tomyam yang memang menjadi kegemarannya sejak dari lahir lagi. dushh!!

Ku hanya lah mahu memakan dimsum dan air bali suam untuk dinner. Sangatlah diet hokkay!! [padahal petang kat ofis dah memakan 5 keping roti jala, blurrppp!!] diet kah?? Memakan dimsum katanya tapi mengoder sebanyak 5 set yang mana setiap satu set ada 3 ketul. Banyaknya, bukan ku memakan sorang hokkay [cover line]. ngee.

Memanglah menjadi faberet kami memakan makanan di sini kerana makanan yang di masak amatlah terkena dengan cucu anak tekak kami.


[wajah ceria adik, ceria ke? malam-malam terakhir bersama kami]


[inilah ketua segala makanan, hobi memang sentiasa makan walaupun berdiet, apakah?]

[bila adik dah balik nant tinggallah kami berdua ke mana saja seperti biasa]

[hobi makan ku telah dimiliki jua oleh mereka ini]
[dimsum ada di dalam nya, comel kan bekas ni, seperti ku mahu memilinya untuk berdimsum di rumah pula]
[tadaaaa...inilah dia hasilnya, kecil2 kan dimsum ni, sebab tu ku boleh order sampai 5 set, ngeee]
[ketua segala makan, sila merujuk kepada diriku sekiranya ingin mendapatkan idea dalam makanan, ngee]

Jejaka Maskulin Di Mata orANNEslicious : Edisi 2

Salam oranneslicious untuk semua. Sambungan dan terus bersambung dari entry Jejaka Edisi 1. Sesaja nak mengepoh dan memberi sepatah dua kata. Membaca tajuk je dah menampakkan kerambangan mata ku bila mana terpandang si jejaka tak kira lah single ke double ke. Just suka-suka nak tengok keindahan makluk tuhan paling comel dan kacak.

Makluk tuhan itu ialah tidak lain dari yang lain ialah future boypren  Sharnaaz Basir Ahmad. Pestaim tengok dia berlakon adalah di dalam Dottie tayangan Astro. Oh cumel dan suweettt macam gula batu ampun mamat ni. kahkahkah. Terus je menggoogle siapakah gerangannya.

BIODATA [kelas kan terus-terus cari biodata, perlu ke?]

Nama penuh: Sharnaaz Basir Ahmad

Tarikh lahir: 30 Ogos 1985

Umur: 26 tahun

Asal: Georgetown, Pulau Pinang

Drama: Tari Tirana, Dottie, KumKum, Pontianak Kampung Batudan Ungunya Cinta

Filem: Seru dan Azazil


Lepas tu dan seterusnya wajah-wajah comel Sharnaaz terus berleluasa di dalam kawasan TV. Sehingga dia di gosipkan [gosip ke? memang realiti pun] dengan kekasih hatinya Shila Amzah. Tapi tak nak pun cerita lebih lanjut pasal hubungan terlarang itu [kalau gosip bersama diriku mungkin berminat, kahkah]

Cerita terbaru yang sedang berkumandang di astro yang melibatkan diri Sharnaaz ini ialah Bicara Hati [diadaptasi dari novel]. Agak menarik jalan ceritanya setakat ini, jadinya silalah mengikutinya.



 
--> Silalah melayani gambar yang sedikit ini untuk mencuci mata-mata yang telah kabur atau rabun. hakkkk

Tuesday, February 14, 2012

Buku Autograph Zaman Sekolah

Salam oranneslicious untuk semua. Anne pasti semasa zaman kanak-kanak sunquick tahun 90an. Buku autograph ni sangat la fofular di akhir tahun. Bermacam-macam pesen, kaler, saiz dan setiap pelajar pompuan mest ada buku ni. Dan bila tiba je akhir tahun masing-masing keluarkan buku ni untuk diisi oleh rakan-rakan sekelas dan kadang-kadang berjangkit hingga ke cikgu juga harus mengisinya. Tidak ketinggalan ku juga memiliki 2 ke 3 buah buku ni. Tapi la ni dah takdek, entah mana letak, kalau ada lagi boleh gelak sensorang bila baca kan.

Antara perkara kewajipan yang perlu diletakkan ialah biodata, ucapan manis beserta salam, gambar jarang ada, dan acara mengkreatipkan diri berlaku di dalam buku itu amat lah terserlah. segala kaedah digunakan dengan menggunakan crayon, water color, pen warna-warni. kreatip sangat lah time tu.

Siap bawa balik lagi nak buat kat rumah konon bila bawa balik tu lagi menarik hiasan dalaman buku itu. wahhhh kau. Kekadang siap meniru ucapan dan hiasan kawan-kawan lain kerana kehausan idea banyak benor buku yang kena buat ngalahkan retis gituu.

Siapa yang buat buku autograph paling banyak kira dia paling fofular lah time tu. Sana sini hulur buku, sampai kelas sebelah juga terjebak nak menyuruh menulis di dalam buku itu. Glamer habis kan.

Silalah tengok buku-buku autograph ini yang mana telah ku copet di google jek pun, sebagai contoh dan teladan kan. sila sila.....





--> kalau ada lagi koleksi simpanan ku harus ku tayang jua di sini, banyak hokkay!!!

Jambu Bol aka Jambu Pink

Salam oranneslicious untuk semua. Bila sebut pasal jambul jambu bol ni tetiba teringat kenangan pahit macam hempedu dan manis macam madu sewaktu waktu dahulu. Semasa zaman kanak-kanak sunquick. Di kawasan rumah ku terdapat 3 pohon jambu bol yang hidup udara segar di atas tanah yang berkeluasan 3 hektar milik datuk dan nenek ku.

Bila tiba je musim cuti sekolah pokok ni pun mengeluarkan hasilnya untuk dituai dijolok oleh kami cucu-cucu atoq yang nakal lagi comel ini. Sebelum mengeluarkan hasil yang lumayan pokok ini akan berputik kapas dengan rambut2 berkaler pink. Sangat sexy kaler pink itu. Menambahkan lagi keghairahan kami untuk memakan buah ini. Ianya sangat lazat di makan sewaktu sudah masak ranum dan berkaler pink yang amat pekat. di cicah pula bersama-sama sambal kicap atau kicap gula. alahaiiiii meleley dah air hingus hidung.....

Apabila masak je jambu2 ini ianya haruslah dipetik sebelum ada burung atau binatang buas (boleh ek binatang buas panjat pokok) memakan buah-buah itu. Jadinya, aktiviti kami beramai-ramai adalah memanjat dan mengait buah-buah ini untuk di kenduri secara berjemaah. Sangat lah bahagia, sampaikan buah kelapa jatuh atas kepala pun x perasan. silalah percaya...

Tadi semasa di kantor ku kesejukan lalu pergi ke ladies untuk menghirup udara nyaman lagi segar membuat apa yang patut (faham-faham lah bila dah sejuk), lantas ternampak keindahan pokok yang dipenuhi oleh putik2 bunga di atas pokok jambu bol. Seriusly terus mengidam nak makan jambu bol. Tunggu lah nanti masak je buahnya siap lah wahai buah-buah sekalian. 

Inilah dia putik bunga jambu bol sebelum ianya mengeluarkan buah yang sangatlah menarik warnanya dan rasanya.
Buah jambu bol semasa berada di atas pokok. wahhh menarik kan warnanya, mest dah meleleh air liur tu, sila angguk tanda setuju...hahhaaa
Ini buah yang telah dipetik oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab. Pink gilak warna buah ni kan


Monday, February 13, 2012

Farhan AF4 Bertunang

Salam oranneslicious untuk semua. Wahhh!! Farhan AF4 ni dah bertunanglah. Ku hanyalah mengkagumi dengan kecantikan dress yang telah disarungkan olehnya dan keklasikan wajah melayu yang dimiliki oleh dirinya. Sangat terserlah kecantikan dress itu yang mana ku jua mahu mendesign dress sebegitu di hari pertunangan ku nanti. wahh bila lah itu akan berlaku dan dengan siapakah gerangannya. Tidak lah meminati bakat yang dimiliki atau apa segala tentang dirinya. Hanya fokus kepada dress itu sahaja, oK!! sekian...

Sunday, February 12, 2012

Divas E-day & Photoshoot

Salam oranneslicious untuk semua. Hari ini tanggal 12/2/2012 Noor Faezah aka Pae/Shaye Fifi telah selamat ditunangkan bersama jejaka pilihan hatinya Fendi. Seperti biasa Divas yang telah mendapat jemputan ala-ala VIP, telah diwajibkan untuk menghadiri majlis ini. Lalu kami telah sepakat membawa berkat untuk mengtemakan diri kami dengan memakai pink dan merah.

Secara kebetulan pula telah memakai warna yang sama dengan Fafa. Merah gituu. Apa pun kami ada kelass memasing. kelas ke?? Divas telah berada di tapak majlis sebelum segala acara dimulakan. Dan kami berjaya menyantap dan bergambar sakan bersama-sama sebelum bermulanya acara.
Tepat jam 3.30 ptg waktu Malaysia Fifi telah selamat menjadi tunangan Omm. Begitu begini bergambar bergelak di tapak majlis, jam menunjukkan pukul 5 ptg. Tapi kami masih tidak berganjak untuk meneruskan aktiviti yang menjadi salah satu acara wajib dalam setiap majlis besar bagi Divas iaitu bergambar sakan bukan di tapak majlis.

Lokasi kejadian adalah di Hutan Bandar Senai, di mana menjadi saksi dan sejarah kepada Divas dalam mengabadikan momen-momen indah dan berani mati dalam bergambar dan mengposing dengan pelbagai aksi.

Gambar-gambar di atas adalah di tapak majlis, manakala gambar outdoor kami belum sempat di edit oleh mr cameraman, tunggu next post k.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...