Thursday, February 16, 2012

Palazzo Pants Ku Kuning

Salam orANNEslicious untuk semua. Oh sungguh lah, lama betul tak membebel dalam blog. Kesibukan melanda bagai tsunami di beberapa kawasan. Sibuk dengan kerja sekolah, kerja ofis, hal kawan-kawan kahwin, dan bermacam lagi.

Minggu kedua sekolah adalah hari Sabtu yang happening kerana kelas batal setelah semua pun rushing nak ke kelas. Sedikit kecewa bukan (padahal sangat lah suka, sebab boleh mengaktivit selepas itu). Idea-idea menarik dari DIVAS untuk ke merata tempat. Dan akhirnya kami ke CarBootSale by JOHO. First time anne join DIVAS untuk melihat dan menshopping di sini. Ianya diadakan di Danga Bay Convention Centre. Quit good suasana di sini, sangat havoc. Rugi kalau tak join DIVAS that day.

Tujuan asal memang lah tak nak menshopping. Tapi bila dah sampai situ dan melihat banyak keinginan yang perlu dipenuhi dengan menghabiskan bekalan duit yang dibawa, so anne telah membeli palazzo pants, yang sememangnya memang telah lama dicari. Agak banyak warna-warna yang menarik perhatian. especially orange. Tapi tak membeli pun warna oren itu. Nak tengok anne beli warna apa..?? jom scroll....


Seriusly sangat selesa dengan palazzo pants. and akan ada color-color yang lain...chillax...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...