Tuesday, February 14, 2012

Jambu Bol aka Jambu Pink

Salam oranneslicious untuk semua. Bila sebut pasal jambul jambu bol ni tetiba teringat kenangan pahit macam hempedu dan manis macam madu sewaktu waktu dahulu. Semasa zaman kanak-kanak sunquick. Di kawasan rumah ku terdapat 3 pohon jambu bol yang hidup udara segar di atas tanah yang berkeluasan 3 hektar milik datuk dan nenek ku.

Bila tiba je musim cuti sekolah pokok ni pun mengeluarkan hasilnya untuk dituai dijolok oleh kami cucu-cucu atoq yang nakal lagi comel ini. Sebelum mengeluarkan hasil yang lumayan pokok ini akan berputik kapas dengan rambut2 berkaler pink. Sangat sexy kaler pink itu. Menambahkan lagi keghairahan kami untuk memakan buah ini. Ianya sangat lazat di makan sewaktu sudah masak ranum dan berkaler pink yang amat pekat. di cicah pula bersama-sama sambal kicap atau kicap gula. alahaiiiii meleley dah air hingus hidung.....

Apabila masak je jambu2 ini ianya haruslah dipetik sebelum ada burung atau binatang buas (boleh ek binatang buas panjat pokok) memakan buah-buah itu. Jadinya, aktiviti kami beramai-ramai adalah memanjat dan mengait buah-buah ini untuk di kenduri secara berjemaah. Sangat lah bahagia, sampaikan buah kelapa jatuh atas kepala pun x perasan. silalah percaya...

Tadi semasa di kantor ku kesejukan lalu pergi ke ladies untuk menghirup udara nyaman lagi segar membuat apa yang patut (faham-faham lah bila dah sejuk), lantas ternampak keindahan pokok yang dipenuhi oleh putik2 bunga di atas pokok jambu bol. Seriusly terus mengidam nak makan jambu bol. Tunggu lah nanti masak je buahnya siap lah wahai buah-buah sekalian. 

Inilah dia putik bunga jambu bol sebelum ianya mengeluarkan buah yang sangatlah menarik warnanya dan rasanya.
Buah jambu bol semasa berada di atas pokok. wahhh menarik kan warnanya, mest dah meleleh air liur tu, sila angguk tanda setuju...hahhaaa
Ini buah yang telah dipetik oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab. Pink gilak warna buah ni kan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...