Tuesday, February 14, 2012

Buku Autograph Zaman Sekolah

Salam oranneslicious untuk semua. Anne pasti semasa zaman kanak-kanak sunquick tahun 90an. Buku autograph ni sangat la fofular di akhir tahun. Bermacam-macam pesen, kaler, saiz dan setiap pelajar pompuan mest ada buku ni. Dan bila tiba je akhir tahun masing-masing keluarkan buku ni untuk diisi oleh rakan-rakan sekelas dan kadang-kadang berjangkit hingga ke cikgu juga harus mengisinya. Tidak ketinggalan ku juga memiliki 2 ke 3 buah buku ni. Tapi la ni dah takdek, entah mana letak, kalau ada lagi boleh gelak sensorang bila baca kan.

Antara perkara kewajipan yang perlu diletakkan ialah biodata, ucapan manis beserta salam, gambar jarang ada, dan acara mengkreatipkan diri berlaku di dalam buku itu amat lah terserlah. segala kaedah digunakan dengan menggunakan crayon, water color, pen warna-warni. kreatip sangat lah time tu.

Siap bawa balik lagi nak buat kat rumah konon bila bawa balik tu lagi menarik hiasan dalaman buku itu. wahhhh kau. Kekadang siap meniru ucapan dan hiasan kawan-kawan lain kerana kehausan idea banyak benor buku yang kena buat ngalahkan retis gituu.

Siapa yang buat buku autograph paling banyak kira dia paling fofular lah time tu. Sana sini hulur buku, sampai kelas sebelah juga terjebak nak menyuruh menulis di dalam buku itu. Glamer habis kan.

Silalah tengok buku-buku autograph ini yang mana telah ku copet di google jek pun, sebagai contoh dan teladan kan. sila sila.....





--> kalau ada lagi koleksi simpanan ku harus ku tayang jua di sini, banyak hokkay!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...