Wednesday, February 15, 2012

Jejaka Maskulin Di Mata orANNEslicious : Edisi 2

Salam oranneslicious untuk semua. Sambungan dan terus bersambung dari entry Jejaka Edisi 1. Sesaja nak mengepoh dan memberi sepatah dua kata. Membaca tajuk je dah menampakkan kerambangan mata ku bila mana terpandang si jejaka tak kira lah single ke double ke. Just suka-suka nak tengok keindahan makluk tuhan paling comel dan kacak.

Makluk tuhan itu ialah tidak lain dari yang lain ialah future boypren  Sharnaaz Basir Ahmad. Pestaim tengok dia berlakon adalah di dalam Dottie tayangan Astro. Oh cumel dan suweettt macam gula batu ampun mamat ni. kahkahkah. Terus je menggoogle siapakah gerangannya.

BIODATA [kelas kan terus-terus cari biodata, perlu ke?]

Nama penuh: Sharnaaz Basir Ahmad

Tarikh lahir: 30 Ogos 1985

Umur: 26 tahun

Asal: Georgetown, Pulau Pinang

Drama: Tari Tirana, Dottie, KumKum, Pontianak Kampung Batudan Ungunya Cinta

Filem: Seru dan Azazil


Lepas tu dan seterusnya wajah-wajah comel Sharnaaz terus berleluasa di dalam kawasan TV. Sehingga dia di gosipkan [gosip ke? memang realiti pun] dengan kekasih hatinya Shila Amzah. Tapi tak nak pun cerita lebih lanjut pasal hubungan terlarang itu [kalau gosip bersama diriku mungkin berminat, kahkah]

Cerita terbaru yang sedang berkumandang di astro yang melibatkan diri Sharnaaz ini ialah Bicara Hati [diadaptasi dari novel]. Agak menarik jalan ceritanya setakat ini, jadinya silalah mengikutinya.



 
--> Silalah melayani gambar yang sedikit ini untuk mencuci mata-mata yang telah kabur atau rabun. hakkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...