Wednesday, December 7, 2011

7 Aura Warna Dalam Seminggu



Warna boleh menjadi membina ataupun boleh memusnahkan. Ia boleh meransang, memperbaiki atau menarik perhatian. Ia boleh menjadi lelaki atau wanita. Ia boleh menjadi negatif atau positif. Warna aura juga menyediakan kunci kepada personaliti, mood, kematangan dan kesihatan individu tertentu. Ia juga pantulan/biasan kepada aspek rohani dan jasmani


ISNIN

PUTIH


Warna melambangkan kesucian. Mulakan rutin harian kita dengan mengenakan pakaian berwarna putih pada hari ini kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsangkan semangat baru dalam diri kita


SELASA

MERAH JAMBU


Warna kasih sayang. Ianya sesuai kerana ia adalah hari beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan


RABU

BIRU


Warna melambangkan penyembuhan. Ianya memberi kesan terhadap komunikasi yang mana meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan sebagainya


KHAMIS

KUNING

Warna keceriaan. Ianya tergolong dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna seksual wanita


JUMAAT

HIJAU


Warna keseimbangan dan melambangkan ketenangan jiwa serta kedamaian buat kita. Pemilihan warna hijau pada hari jumaat mampu memberi sentuhan yang cukup baik buat si gadis lebih-lebih lagi di hari yang mulia


SABTU

MERAH


Warna yang memberi maksud keberanian dan kemewahan. Hari yang paling sesuai bersiar-siar dan beraktiviti seperti berjumpa rakan-rakan, saudara-mara dan JUGA BERSUKAN


AHAD

HITAM

Warna yang sesuai beristirehat dan relakkan minda dari sebarang urusan. Elakkan bekerja pada hari ini malah ruangkan masa bersama keluarga tercinta. Memandangkan hari ahad mempunyai penyerakan zarah yang tidak stabil





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...