Wednesday, December 7, 2011

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang SALAH

Salam orANNEslicious untuk semua. Satu info yang berguna untuk kita renungkan bersama. Bagi ANNE dan rakan-rakan yang pernah mengalami kegagalan, artikel seperti ini akan membuatkan kita terfikir kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah sebelum dia pertemukan kita dengan jodoh kita yang tepat.
Bagi ANNE dengan membaca artikel ini dapat mentazkirahkan diri kita dan memberi manfaat terutama untuk membina keyakinan dan kekuatan pada diri setelah mengharungi fasa perpisahan dengan seseorang dalam perhubungan. Perpisahan memanglah sesuatu yang menyakitkan dan meninggalkan kesan yang lama dalam hidup kita. Melupakan juga adalah sesuatu yang memedihkan dan sukar untuk dilakukan.
Kita sebagai hambaNYA perlu redha dan sentiasa bersedia dengan segala ketentuanNYA dan segala yang telah diaturkan olehNYA. Kita tidak perlu meratapi perpisahan yang berlaku sebaliknya menjadi lebih kuat dan bangkit dari perpisahan itu. Dan sentiasa percaya bahawa ALLAH sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk kita. DOA, USAHA dan TAWAKAL, semoga ALLAH sentiasa mendengar segala DOA kita dan memakbulkannya, INSYAALLAH. Amin.
Untuk Renungan Bersama~~~
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila:
  • Kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA
  • Kita dapat menjadi penilai yang baik dalam setiap sesuatu perkara, haruslah bersangka baik pada maha pencipta
  • Kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharap pertolongan dariNYA sahaja
  • Kita dapat kasih saying yang terbaik, buat diri kita
  • Kita sedar bahawa ALLAH maha pemurah & penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan
  • Kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya
  • Kita jadi manusia yang hebat jiwanya
  • Kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama ALLAH
  • Kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...