Friday, December 9, 2011

MasterChef Malaysia


 

 Salam orANNEslicious untuk semua. Dah lama nak post entry bout MasterChef Malaysia ni. Tapi kekangan masa membuatkan hari ni baru berpeluang nak post. Actually ANNE sangat teruja dan excited bila rancangan seperti diadakan. Biasnya kita asyiklah menonton rancangan realiti menyanyi, menyanyi dan terus menyanyi. Sometimes mengeluh juga bila fikir macam tak ada rancangan realiti lain yang Malaysia boleh buat. 

Tapi bila MasterChef keluar di ASTRO, memang tak sabar-sabar nak menjadi penonton setia depan TV evry saturday-wednesday. Memang tak kan miss punyalah. Lagipun memasak memanglah hobi ANNE since dari dalam perut lepas SPM lagi. ANNE memang suka mencuba resipi baru, coz mama pun memang suka memasak, so memasak ni bolehlah dianggap as a hobby hereditary. ;p

If ada sesiapa yang menjadi follower MasterChef ni, as all know mereka ni memang tiada background memasak, maybe just hobby and interest in cooking or eating. But ANNE sangat amazed dengan kehebatan mereka dalam masakan, berani mencuba sesuatu yang baru, dapat menghasilkan yang terbaik, yakin pada diri sendiri, dan fokus dalam setiap ilmu baru yang diberikan. 

 
 
[antara peserta-peserta MasterChef yang terpilih untuk mengikuti rancangan ini]


[untuk mendapatkan pelbagai resipi boleh scroll menu ni]

 
 
 
[menu-menu di atas adalah yang dihasilkan oleh pelajar dan di kuliah MasterChef]

 

Arshad Zamir Bin Mohd Azmi is a my idol in MasterChef. ANNE sangat kagum dengan kehebatan dalam memasak yang dimiliki oleh Zamir. Dengan usia beliau yang masih muda beliau dapat menunjukkan kebolehan dan kehebatan dalam masakan yang kadang kala ANNE sendiri tak terbayang adakah ANNE boleh bersaing dengan calon-calon MasterChef sekiranya ANNE terpilih berangan dalam rancangan ni.

Zamir telah terpilih sebagai masakan terbaik dalam cabaran minggu ni. Iaitu memasak masakan India dengan meletakkan air mawar dalam masakan tersebut. Terbaik!! Zamir dapat masakan terbaik dan akan bertemu dalam cabaran chef celebrity




Jangan lupa untuk saksikan malam ni ye peminat-peminat Zamir semua!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...