Sunday, December 4, 2011

Tips Pilihan Warna Bilik Tidur Dan Info Kesihatan

“Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut.

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA



WARNA: MERAH

kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningka.an peredaran dan melonjakkan adrenalin


MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA


WARNA: BIRU


Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membua.an anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang


ELAKKAN INSOMNIA


WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik… ..!


CERIAKAN MOOD ANDA


WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.


LENYAPKAN KELETIHAN


WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di
dalam badan.


Nota: Allah mentadbir dunia ini dengan sunnahtullah (mengikut hukum asbab) namun janganlah kita lupa tentang segala yang berlaku adalah dengan kudratNya. ”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...