Monday, March 5, 2012

Earth Hour

Salam oranneslicious untuk semua. Seperti biasa di hari sabtu yang indah dan kadang kala suram, ku haruslah menjejakkan kaki ke UTM. Sudah semacam hobi pun iye juga ke skola ni, kerana apabila tiada kelas terasa seperti bangau sangat duduk di rumah yang tidak tahu untuk berbuat apa.

Kelas belum pun lagi bermula, tapi kekadang niat dah menyimpang sangat. Jumpa di UTM adalah untuk berkumpul selepas kelas dan akan ada aktiviti yang ohsemm sangat di waktu bujang begini. Kami telah memutuskan pada hari ni aktiviti selepas waktu kelas adalah untuk menjoinkan diri di Earth Hour 2012. Ambil perhatian sangat kami tentang event-event yang menghiburkan seperti ini.

Makanya, keluar je dari kelas haruslah perut laparkan. Aktiviti pertama adalah memakan dan menggosip sehingga termuntah. hahaaa. Makcik-makcik kampung sangat ko jah. Then bertolak ke tapak kejadian yang diadakan di Sutera Mall dengan menaiki sebiji kereta. Segala perkakasan telah dibawa bersama.

Tiba je di tempat kejadian kami telah menghidupkan lilin yang di letakkan di dalam cawan dan di labelkan dengan nama kami yang glames sangat tu.



Yang paling menarik dan gumbira sesangat adalah kami sangat mendapat perhatian kerana telah menghasilkan sesuatu yang teramat menarik, sehinggakan banyak lensa-lensa menuju ke arah kami. Terasa macam retis sangat lah malam tu. Ke sana lensa, ke sini lensa. Wahhh tetiba dapat bayangkan macam mana artis bila berhadapan dengan kamera, serius berlagak diva malam tu. hakhakhak...

Siap ada wartawan dari The Star yang menemuramah kami. Gila glamour ko jah. And she said weols akan masuk paper tunggu je lah nanti dia halo halo weols. Retisss sangat kan. Kalau tak caya boleh klik sini.







Anne kata: Kami adalah generasi yang memang pantang nampak kamera. Even kamera bukan dari kawan-kawan kami.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...