Saturday, February 11, 2012

Abah Belanja Makan Besar

Salam oranneslicious untuk semua. 'Makan besar' adalah perkataan yang sangat lah sinonim dengan tahun baru cina. Bagi kaum Melayu juga ia adalah menjadi adat di kala tiba nya hari perayaan atau meraikan sesuatu. Bila abah menyuarakan hasrat terpendam nya setelah sekian lama nak belanja makan besar tetapi bukan pada hari perayaan atau ada sambutan apa-apa, lalu kami menggembirakan diri dan excited bebenor mendengarnya.

Tempat yang telah memenangi kerusi undi ialah Restoran Saujana, Tanjung Adang, Gelang Patah. Setelah hampir 7 ke 8 tahun tak membuat derma di sini bak kata abah akhirnya duet abah rebah juga di sini. haha. Kami hanya mampu tolong makan sahaja, untuk tolong membayar di bulan gelap begini memang tidak dapat lah. Mungkin di lain waktu dan hari serta tempat yang lain.

Waktu yang dijanjikan adalah pada pukul 3 ptg hendak bertolak dari rumah. Menunggu punya tunggu abah siap akhirnya pukul 330 ptg baru gerak. Menggunakan 2 buah kereta lalu kami menuju ke tempat kejadian. Setelah bertahun tak berkunjung ke sana, abah dengan berbesar hatinya mahu meredah sahaja segala rintangan dan cabaran yang melanda.

Dengan penuh keyakinan di hati kami pun meredah melalui tol dan hiway segala, sampai juga ke gelang patah. redah punya redah akhirnya kami sesat dan sesat dan lagi. Terpaksa akur dengan kesesatan itu dan perlu bertanya kepada penduduk tetap jajahan takluk di situ. Dan akhirnya kami sampai juga di destinasi yang dicari-cari dengan perut yang agak kelaparan pada pukul 430 ptg tidak menglunchkan diri kami lagi.

Sampai-sampai je terus hujan batu di negeri orang turun denan lebatnya. Agak suram lah pemandangan di kala itu. Tapi tidak mencacat celakan aktiviti makan besar pada petang itu. Makanan yang dipesan tiba tidak lama selepas itu. Santap dan terus santap. Tetapi keenakan 8 tahun dulu tidak dapat lagi dirasai dalam makanan yang dihidangkan. Walau apa pun tetap kami habiskan segala yang terhidang kerana adalah free dan lapar. sekian

silalah layan potret2 yang sempat di tangkap sebelum mensantap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...