Sunday, February 12, 2012

Divas E-day & Photoshoot

Salam oranneslicious untuk semua. Hari ini tanggal 12/2/2012 Noor Faezah aka Pae/Shaye Fifi telah selamat ditunangkan bersama jejaka pilihan hatinya Fendi. Seperti biasa Divas yang telah mendapat jemputan ala-ala VIP, telah diwajibkan untuk menghadiri majlis ini. Lalu kami telah sepakat membawa berkat untuk mengtemakan diri kami dengan memakai pink dan merah.

Secara kebetulan pula telah memakai warna yang sama dengan Fafa. Merah gituu. Apa pun kami ada kelass memasing. kelas ke?? Divas telah berada di tapak majlis sebelum segala acara dimulakan. Dan kami berjaya menyantap dan bergambar sakan bersama-sama sebelum bermulanya acara.
Tepat jam 3.30 ptg waktu Malaysia Fifi telah selamat menjadi tunangan Omm. Begitu begini bergambar bergelak di tapak majlis, jam menunjukkan pukul 5 ptg. Tapi kami masih tidak berganjak untuk meneruskan aktiviti yang menjadi salah satu acara wajib dalam setiap majlis besar bagi Divas iaitu bergambar sakan bukan di tapak majlis.

Lokasi kejadian adalah di Hutan Bandar Senai, di mana menjadi saksi dan sejarah kepada Divas dalam mengabadikan momen-momen indah dan berani mati dalam bergambar dan mengposing dengan pelbagai aksi.

Gambar-gambar di atas adalah di tapak majlis, manakala gambar outdoor kami belum sempat di edit oleh mr cameraman, tunggu next post k.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...