Friday, November 11, 2011

Puding Caramel Tanpa Telur

Salam orANNEslicious untuk semua. Resipi Puding Caramel tanpa telur ni ANNE dapat daripada mama. Tengah mama sibuk-sibuk buka buku reipi dia ANNE pun cari-cari lah mana tahu ada resipi yang tak pernah buat lagi and ada resipi menarik. Coz dalam buku resipi mama ni memang banyak lagi resipi yang belum dibuat.


Jeng…jeng…jeng…PUDING CARAMEL TANPA TELUR. Macam nice je resipi ni. Selalu yang ANNE makan mesti ada telur. Kalau tak pandai buat ada kala caramel tu jadi hanyir and meloyakan. Sangat teruja nak try buat resipi ni. Senang je semua boleh try buat k…


BAHAN-BAHAN:


A - Gula 2senduk (guna senduk nasi)
B - Serbuk Agar-agar 1 paket (7g) ~Saya guna agar2 biasa 1/2 paket kecil
Air 4cawan

Gula 21/2 senduk
C - Susu cair 1tin (lebih kurang 400g)
C - Tepung kastard 2sudu
C - Vanilla 1sudu
* Campur sebati semua bahan C




CARA-CARA MEMBUATNYA:


Hanguskan gula spt buat karamel utk puding karamel yang lain gak

biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan, bila gula agak perang tuang air sikit

lepas tu ketepikan

Dalam periuk didihkan Bahan B.

Kecilkan api kemudian masukkan Bahan C.

Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat.

Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.

Bekukan dlm peti ais, dan hidang.



[makan selepas disejukkan dalam peti ais sangat lah sedap]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...