Friday, November 11, 2011

Apam Blossom Polkadot

BAHAN-BAHAN
( Untuk satu adunan ni boleh dapat lebih 70 biji cup kecil )


  1. 300gm gula halus
  2. 4 biji telur ayam
  3. 1 sudu kecil ovalette
  4. 500gm tepung gandum
  5. Air Soda 1tin setengah, (size 325ml) perisa aiskrim soda @ sprite
  6. 1 sudu kecil esen vanilla @ rose
  7. Sedikit pewarna mengikut citarasa anda
  8. Sedikit jem raspberry/strawberry/nenas


CARA-CARA MEMBUATNYA:


  1. Masukkan telur & gula dalam pengadun. Pukul sehingga putih, gebu dan ringan
  2. Kemudian masukkan ovallette, pukul lg dalam 4-5min
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn air soda sehingga habis
  4. Bila dah sebati, masukkan esen vanilla
  5. (pastikan adunan x tlampau kental, cmane nak check? amek sesudu then tuang dalam adunan, kalo turun lancar tak putus2 da orait la tu...kalo nmpk pekat, tmbah sikit lg air soda)
  6. Asingkan sikit2 dalam mangkuk untuk letak pewarna yg disukai, lebihkan warna putih sebagai base apam

7. Masukkan dlm cup ikut citarasa...then pipekan jem

  1. kukus dalam 10 minit, (jangan lama sangat takut nant apam merekah)
  2. Petua penting nak dapatkan apam yg mekar slain adunan yg smooth, air kukusan kena btul2 mndidih & berasap2 baru masukkan kuih dan api kena kuat







[contoh apam yang merekah kerana kukus terlalu lama]





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...