Saturday, July 23, 2011

Spagetti Carbonara

Salam orANNEslicious untuk semua. Sebut pasal spaghetti or pasta memang ANNE sangat suka dan teruja nak makan dan nak tahu resipinya. Dah banyak kali sangat rasanya buat di rumah. Tapi family ANNE tak berapa gemar makan spaghetti ni, so slalu kalau ANNE nak buat mesti tunggu adik balik cuti semester. Coz kami 2 orang je yang sangat suka makan spaghetti ni.




BAHAN-BAHAN:


Spaghetti/spiral spaghetti/shell spaghetti

1 tin carbonara [preego/campbells]

1 batang carrot

1 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

1 peket sosej / seapack [ketam]

Daging ayam tanpa kulit dan tulang

Lada hitam secukup rasa


CARA-CARA MEMBUATNYA:


1/ rebuskan spaghetti sehingga lembut

[letakkan sedikit minyak semasa merebus,

untuk mengelakkan spaghetti melekat dan mudah untuk menggulung]

2/ tumiskan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk

3/ masukkan daging ayam/sosej/seapack dan carrot

4/ masukkan sos carbonara dan lada hitam

5/ garam dan gula secukup rasa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...