Saturday, January 1, 2011

Oohhh My Awesome Bungalow!!!

salam orANNEslicious untuk semua. sempena tahun baru ni banyak wishlist yang hendak ditunaikan sebelum jumpa tahun hadapan. so, sebagai pembuka tahun baru, hari ni ANNE nak share bout my dreams bungalow and the design or deco for each room. sangatlah berangan one day ANNE dapat apa yang diingini. InsyaAllah, semoga semua impian akan tercapai. tengah gigih kumpul duit ni nak beli banglo sampai ikat perut tak makan. dah banyak juga pergi survey show house, tapi rezeki nak ada rumah tu belum sampai lagi, financial belum cukup actually

tapi tidak mengapa, Allah akan sentiasa permudahkan segala urusan kita, dengan berdoa dan berusaha semoga impian kita akan sentiasa tercapai tidak kira cepat atau lambat. yang penting angan-angan tu ada. ANNE selalu ingat kata-kata abah, 'berangan tak pernah kena bayar ANNE'....hahahhaaa

so jom kita layan angan-angan ANNE ni....


hahhh ni lah dia banglo yang sangat ANNE idam-idamkan, simple je kan -->simple ke..?? ANNE agak fussy bout design rumah ni. so sekali kita dah invest biarlah berbaloi-baloi. rugi kalau buat renovation banyak kali. tapi yang penting ANNE nak sangat rumah 2 tingkat. lebih tak nak lah, takut bila dah tua nanti tak larat pulak nak panjat tangga tinggi-tinggi. hahaa


ruang menonton tv yang agak romantis dan sempoi. bagi ANNE ruang ni memainkan peranan yang penting dalam keselesaan dan ketenangan. coz di ruang inilah tempat untuk family bersantai dan berkumpul setelah seharian penat bekerja. so ruang ni tak perlu crowded sangat dengan perabot. masih ada ruang yang boleh dibuat untuk berbaring atau relax.

warna-warna yang ceria dan lembut macam ni mampu mengubah mood kita bila berada dalam ruang ini. warna-warna dalam setiap ruang memainkan peranan dan mempunyai fungsi tersendiri. so perlu ada ilmu juga tentang warna ni ok. 

untuk menjadikan ruang-ruang di rumah anda lebih menarik dan nampak lebih elegan dan sofistikated boleh juga ditambahkan dengan wallpaper yang banyak terdapat di pasaran. pelbagai corak dan design boleh dipilih dari catalog dan pemasangannye amat mudah. harga juga berpatutan dengan kualiti yang diberikan. so apa tunggu lagi cepatlah hias rumah anda!!


ruang dapur bagi ANNE yang sangat suka memasak ni, dapur perlulah luas supaya puas dan senang untuk bergerak even ramai dalam ruang tu. so tak payag lah berebut-rebut nak memasak. 'island' juga penting bagi ANNE, coz memudahkan kerja-kerja untuk memotong atau meletakkan barang-barang untuk memasak. jenis perabot dan material juga harus diambil berat. yang penting haruslah sentiasa bersih dan tersusun.

dekorasi di dining room amat penting untuk menambahkan selera makan. hahahaaa. 

ini antara pilihan-pilihan design ANNE. orange color menjadi pilihan utama seperti biasa. hahahaaa. masterbed room harus diberi keutamaan. bila dah penat-penat balik dari pejabat mestilah nak santai dan berehat di rumah yang cantik dan kemas dan bilik yang sangat tenang dan kita akan suka untuk berada dalam bilik even 24 jam. ehehehe.
design untuk bilik my daughter. ceriakan!!

design bilik untuk my son. even ANNE tak berapa suka color oren, but i know lelaki memang sangat suka dengan blue color. please admit. hahahah

last but not least is landscape. penting untuk menambahkan kecantikan dan kenyamanan di luar rumah. even ANNE tak berapa suka dengan bunga banyak kali tanam pokok tapi semua tak hidup tapi hope adalah hubby or tukang kebun yang nak manage semua pokok-pokok tu nanti. seronok ada gazebo macam ni di luar rumah. petang-petang kalau tak ada apa nak di buat, so bolehlah duduk bersembang sambil makan jemput-jemput dan minum kopi di gazebo ni. hahahahaaa.

so, sampai di sini sahaja edisi berangan ANNE untuk enty ni. hahhh mantapkan. ada lagi edisi berangan yang belum sempat nk post. tggu ye!!! semoga suatu hari impian ANNE akan menjadi kenyataan. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...