Wednesday, January 12, 2011

Jejaka Maskulin Di Mata orANNEslicious

Salam orANNEslicious untuk semua. Maskulin memberi makna yang subjektif. Pelbagai sudut dan perspektif boleh ditafsirkan mengenai maskulin. Mempunyai six pack pada perut, bukanlah melambangkan dan membuktikan lelaki itu maskulin.


Maskulin adalah merujuk kepada sifat2 kelakian seseorang lelaki itu, termasuk dari cara mereka berfikir, berpakaian, bertindak dan apa saja. Lelaki maskulin adalah lelaki yg bijak dalam mengekspresikan diri mereka dengan ciri2 kelakian sejati dan sentiasa menunjukkan ke’macho’annya.


Ciri2 lelaki maskulin:

  • sentiasa bersedia
  • kemas dan teratur
  • pandai mengawal emosi
  • berfikiran luas & positif
  • bijak mengawal situasi

Ini hanyalah antara ciri-ciri lelaki maskulin. Sebenarnya, maskulin ini bukanlah sesuatu yg boleh dibuat-buat. Maskulin adalah sifat semulajadi yg ada dlm diri sesetengah individu sahaja. Lelaki maskulin sangat menitik beratkan kesempurnaan dalam segala aspek tapi dalam pada masa yg sama, masih boleh bertolak ansur mengikut keadaan semasa.


[antara jejaka-jejaka maskulin di mata ANNE]

Anuar Zain
Fahrin Ahmad
Fizo Omar
Awal Ashaari


Actually dorang ni tak la perfect sangat, tapi bak kata orang sedap mata memandang. Dan wajah melayu klasik tanpa ada campuran darah dalam keturunan. Nak tahu tak kenapa Anne suka tengok Anuar Zain and Awal Ashaari??


Coz both of them have a dimple [lesung pipit]. Anne sangat suka tengok orang ada lesung pipit tak kira lah lelaki ke perempuan. Bila tengok je dorang senyum terus cair macam moist coklat cake




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...