Saturday, September 24, 2011

Moist Chocolate Cake

BAHAN-BAHAN:


Bahan A:

1 cawan koko powder
1 cawan air suam
1 cawan gula kastor


Bahan B:

250 gm gula kastor
250 gm butter
250 gm tepung naik sendiri (ayak)
6 biji telur
esen vanila


Bahan topping:

1/3 cawan koko powder
1 tin kecil susu pekat manis. boleh kurangkan kalau x suka manis.
1/3 cawan minyak jagung




CARA-CARA MEMBUATNYA:


Utk bahan A:

campurkan koko powder,gula dan air suam.kacau hingga gula larut.


Utk bahan B:

  1. putar butter dan gula hingga kembang.
  2. masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanila.putar hingga rata.
  3. masukkan tepung diselang seli dgn campuran bahan A tadi.
  4. setelah semua sebati,masukkan adunan ke dalam acuan
  5. kukus selama 1jam 1/2.
  6. Setelah kek sejuk,bolehlah disapu topping dan hiaskan dengan chocolate rice mengikut kreativiti sendiri.

Untuk topping:

  1. campurkan koko dgn susu,kacau hingga sebati.masukkan minyak mazola.
  2. letakkan atas api perlahan dan kacau hingga berkilat. Proses ini jgn terlalu lama sekadar utk mengilatkan sahaja.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...